Tuesday 22 March 2016

Kembara Bakti Anak Perak

Program Kembara Bakti Anak Perak pada 25 hingga 27 Mac 2016 bersama Mahasiswa UKM Di SMK Abu Bakar Al-Baqir



Bagan Serai, 27 Mac – Persatuan Mahasiswa Darul Ridzuan Universiti Kebangsaan Malaysia (PERMADARI UKM) tampil dengan pelaksanaan program Kembara Bakti Anak Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir (SABAR) pada 25 hingga 27 Mac 2016.
Dengan penglibatan peserta seramai 145 orang pelajar asrama tingkatan satu hingga empat dan 33 orang fasilitator daripada PERMADARI UKM, program ini berjaya membuktikan Mahasiswa daripada negeri Perak terutamanya tidak lupa untuk kembali menabur bakti kepada masyarakat.
“Bukan sahaja mahasiswa daripada negeri Perak yang menyertai program ini, ada juga daripada Selangor, Kelantan dan Johor sama-sama menjayakan program ini,”
Program Kembara Bakti Anak Perak ini telah dirasmikan oleh Eksekutif Pendidikan Yayasan Perak, Encik Mohd Ekmal Syarazain Sulaiman bersama-sama dengan Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, Prof. Madya Dr Roslee Rajikan.









No comments:

Post a Comment