Tuesday 24 May 2016

PROGRAM PERMUAFAKATAN ASRAMA BERSAMA KLINIK & PENDUDUK KAMPUNG

Pelajar dan Guru Praktikum UPSI
Ustaz Izuddin juga turut serta 
Gotong-royang membersihkan kubur
kerjasama yang erat
Cabutan Bertuah

Jamuan makan bersama kakitangan klinik

Sunday 15 May 2016

Majlis Perpisahan Pn.Rohani Dan Tn.Hj Khairol Azmi

Kedatangan disambut meriah 
Sesi bergambar bersama guru-guru SABAR
Kedatangan disambut mesra oleh para pelajar ..^_^








Saturday 16 April 2016

Majlis Anugerah kecemerlangan

SMK Abu Bakar Al-Baqir, Bagan serai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan sebagai usaha berterusan mengiktiraf pencapaian Pelajar -pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Majlis   telah dirasmikan oleh Dr. Suhaida Binti Abdullah Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kuantitatif Universiti Utara Malaysia. Turut hadir ibubapa/penjaga pelajar yang menerima anugerah.






Thursday 7 April 2016

Program Kepimpinan Pengawas

Program Kepimpinan Pengawas juga berlangsung  

Cabaran dalam organisasi pendidikan hari ini memerlukan daya kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan hala tuju yang ingin dicapai. Bakat kepimpinan pelajar khususnya pengawas, amat diperlukan dalam sesebuah sekolah. Kebolehan dan kemampuan memimpin ini dapat membantu pihak pengurusan sekolah meningkatkan kualiti disiplin dan ketrampilan warga sekolah.Oleh itu, mereka seharusnya diberi latihan dan input kepimpinan selaras dengan tugas- tugas mereka. 


Bersama Alumni SABAR Akmal Aizuddin bin Zulkifli






Peace


Tuesday 22 March 2016

Kembara Bakti Anak Perak

Program Kembara Bakti Anak Perak pada 25 hingga 27 Mac 2016 bersama Mahasiswa UKM Di SMK Abu Bakar Al-Baqir



Bagan Serai, 27 Mac – Persatuan Mahasiswa Darul Ridzuan Universiti Kebangsaan Malaysia (PERMADARI UKM) tampil dengan pelaksanaan program Kembara Bakti Anak Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir (SABAR) pada 25 hingga 27 Mac 2016.
Dengan penglibatan peserta seramai 145 orang pelajar asrama tingkatan satu hingga empat dan 33 orang fasilitator daripada PERMADARI UKM, program ini berjaya membuktikan Mahasiswa daripada negeri Perak terutamanya tidak lupa untuk kembali menabur bakti kepada masyarakat.
“Bukan sahaja mahasiswa daripada negeri Perak yang menyertai program ini, ada juga daripada Selangor, Kelantan dan Johor sama-sama menjayakan program ini,”
Program Kembara Bakti Anak Perak ini telah dirasmikan oleh Eksekutif Pendidikan Yayasan Perak, Encik Mohd Ekmal Syarazain Sulaiman bersama-sama dengan Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, Prof. Madya Dr Roslee Rajikan.